Bosan dengan menu lauk yang sama, kering idea nak masak apa untuk keluarga? Hampir semua menu masakan sudah pun dicuba.
Pernahkah anda menjengah resipi dari negara Timur Tengah? Jom cuba resipi yang mudah ini dan semestinya sedap!
Bahan-bahan:
Udang putih 250 gram
Tepung serbaguna ( pelbagai jenama ada di pasaran)
2 sudu besar Palestinian Za’atar
Cara membuat:
1) Bersihkan udang putih dan gaul udang tersebut bersama tepung serbaguna.
2) Kemudian tambah 2 sudu besar Palestinian Za’atar dan gaul sekali lagi.
3) Pastikan minyak sederhana panas dan boleh masukkan udang yang sudah digaul satu per satu.
4) Angkat udang tersebut setelah ia bertukar keemasan.
5) Boleh dimakan bersama nasi panas atau snacking!
Dapatkan Palestinian Za’atar dari Jood Brothers store. Boleh cuba pelbagai resipi dengan menggunakan Za’atar ini.