Tahukah anda makanan Sunnah yang bagus untuk diamalkan setiap hari buat ibu mengandung dan dalam keadaan berpantang adalah kurma, buah delima, buah zaitun, anggur dan buah tin.
Kurma amat sinonim dengan bulan Ramadan sebagai satu juadah pembuka sebelum menikmati hidangan lain ketika berbuka puasa dan bersahur. Kurma Medjoul adalah sejenis buah yang berfungsi sebagai galactagogue atau penggalak susu untuk ibu hamil.
Buah kurma bertindak meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu dan ia telah disokong melalui kajian yang menunjukkan terdapat peningkatan dari segi kuantiti susu yang dihasilkan. Justeru itu ibu mengandung dan menyusu badan adalah disarankan untuk mengamalkan buah kurma.
Selain itu, kurma juga bertindak sebagai pembekal tenaga segera untuk ibu mengandung disebabkan oleh kanduangan karbohidratnya yang tinggi, selain 15 jenis kandungan garam dan mineral. Sebaiknya ibu mengandung boleh mula mengamalkan kurma medjoul seawal kandungan 8 minggu.
Mari kita lihat antara manfaat dan khasiat apabila anda makan kurma Medjoul ketika berbadan dua atau hamil:
- Pembekal tenaga
Kandungan fruktosa di dalam buah kurma medjoul membekalkan tenaga tanpa memberi kesan terhadap kandungan gula didalam darah.
- Peningkatan asid amino
Buah kurma medjoul mengandungi protein yang mencukupi untuk membantu tumbesaran bayi.
- Mengurangkan risiko anemia
Kandungan zat besi didalam buah kurma medjoul membantu mengekalkan kadar haemoglobin dalam badan.
- Vitamin K
Ibu mengandung yang mengamalkan makan buah kurma medjoul dapat meningkatkan kandungan vitamin K yang rendah semasa proses bersalin.
- Magnesium
Membantu mengurangkan risiko buah pinggang dan hati yang tidak normal. Magnesium membantu pertumbuhan gigi dan tulang bayi di dalam perut ibunya.
Harus diberi perhatian bahawa setiap kali ibu mengandung makan buah kurma Medjoul ini dalam kuantiti yang sederhana, usah berlebihan.
Ayuh ibu, amalkan pemakanan Sunnah atau super food!