Sabun Nablus adalah sabun tertua di bumi Palestin. Bermula sejak tahun 1611 lagi. Legasi sabun Nablus bermula sejak zaman berzaman, dan sehingga kini legasi sabun Nablus masih ada dan sudah mula berkembang ke negara Eropah dan Asia.

Antara kebaikan dan manfaat sabun Nablus ini adalah:

  1. Bahan semula jadi
    Sabun ini diperbuat hanya dari bahan-bahan alami, terutamanya minyak zaitun yang asli. Tiada bahan kimia sintetis atau pewarna buatan yang digunakan.
  2.  

  3. Melembutkan kulit
    Minyak zaitun terkenal dengan kandungan antioksidannya yang tinggi dan melembapkan. Sabun Nablus sangat sesuai untuk kulit kering atau sensitif kerana dapat membersihkan sekaligus menjaga kelembapan kulit secara semula jadi.
  4.  

  5. Proses tradisional
    Cara pembuatan sabun ini melalui kaedah tradisional yang diwarisi dari generasi ke generasi di Nablus. Sabun dibuat dengan memanaskan campuran minyak zaitun, soda dan air dengan api perlahan, kemudian sabun akan ditinggalkan dalam satu tempat yang bersih dan selamat selama berhari-hari sehingga ia mengeras.
  6.  

  7. Sesuai untuk semua jenis kulit
    Minyak zaitun kaya dengan vitamin E dan K, yang baik untuk menjana semula sel-sel kulit. Sabun ini dapat digunakan untuk semua jenis kulit, antaranya kulit yang berjerawat atau mengalami ekzema.

Sabun Nablus berasaskan minyak zaitun sering digunakan secara harian untuk merawat tubuh dan wajah kerana bahan-bahannya yang semulajad, organik dan berkualiti. Sesuai digunakan untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas sehingga dewasa.