Kurma Medjoul dikenali sebagai jenis kurma yang berkualiti tinggi dan dianggap sebagai “Raja Kurma” kerana saiz besar, rasa manisnya, dan teksturnya yang lembut.

Berikut adalah beberapa perbezaan kualiti yang menjadikan Kurma Medjoul istimewa:

    • Ukuran dan bentuk
      Kurma Medjoul memiliki ukuran yang besar dan bentuk yang bulat cantik. Antara kurma yang terbesar jika dibandingkan dengan kebanyakan jenis kurma lainnya.
    • Rasa dan tekstur
      Rasa kurma Medjoul dikatakan lebih manis seakan-akan caramel dan lembut. Teksturnya yang lembut dan kenyal membuatkan ianya sangat disukai oleh ramai orang. Isi buahnya yang tebal , makan sebiji sahaja boleh membuatkan kita rasa kenyang.
    • Kandungan nutrisi
      Kurma Medjoul mengandung nutrisi yang baik, termasuk serat, potassium, magnesium, dan zat besi. Kurma Medjoul juga bebas lemak dan kolesterol.
    • Asal usul
      Kurma Medjoul berasal dari daerah Timur Tengah, terutama Palestin. Tanah dan iklim di daerah ini diyakini memberikan karakteristik khusus pada kurma Medjoul.
    • Harga
      Kurma Medjoul seringkali memiliki harga yang lebih tinggi dibandingkan dengan jenis kurma lainnya kerena saiz, tekstur dan rasanya yang premium dan berkualiti tinggi.
    • Pemetikan buah ketika musim menuai
      Proses pemetikan kurma Medjoul dilakukan dengan hati-hati untuk menjaga kualitinya. Biasanya, kurma Medjoul dipetik secara manual dan diperlakukan dengan cermat selama proses pengolahan.

Jika anda berminat merasai pelbagai kualiti dan Gred Kurma Medjoul Palestin, boleh dapatkan di Jood Brothers. Jood Brothers menawarkan kualiti Premium juga ada yang berkualiti mampu milik.

Terdapat jenis Premium, Classic dan Standard. Hubungi kami untuk dapatkan harga borong dan penjimatan harga.