Jood Brothers Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pembekal dan pemborong tempatan bagi kurma Medjoul Palestin. Syarikat Jood Brothers mengimport terus buah kurma Medjoul ini dari Palestin. Buah-buah kurma Medjoul ini adalah dari hasil ladang kurma syarikat yang terletak di Jericho, Palestin.
Setiap tahun musim tuaian bagi Kurma Medjoul adalah sekitar dalam bulan Oktober, dan ketika ini lah buah kurma Medjoul ini masak elok untuk dituai dan hasilnya akan di bawa ke gudang bagi proses pembungkusan. Setelah itu, buah-buah kurma Medjoul ini akan dihantar ke Malaysia untuk memenuhi permintaan pasaran di Malaysia.
Setiap tahun menjelang bulan Ramadhan pasti ada permintaan yang tinggi dari rakyat Malaysia bagi buah kurma Medjoul ini. Jood Brothers membekalkan beribu-ribu tan stok buah kurma Medjoul Palestin ini ke pasaran Malaysia.
Bagi mereka yang mencari stok atau bekalan kurma Medjoul, Jood Brothers adalah tempat yang tepat bagi anda. Jood Brothers mengalukan-alukan para pemborong, pengedar, dan peniaga kurma atau rangkaian makanan Sunnah utuk mendapatkan bekalan kurma Medjoul Palestin dari Jood Brothers.
Pembelian secara borong dan pukal semestinya akan mendapat harga yang lebih jimat dan menguntungkan kepada pembeli. Harga belian adalah berbeza mengikut saiz dan gred buah kurma Medjoul itu sendiri.
Pembelian borong buah kurma Medjoul Palestin adalah mengikut karton. Kuantiti 1 karton 1kg bersamaan 8-unit pek. Bagi pek saiz 500g pula 1 karton bersamaan 12-unit pek.
1 karton
1kg = 8-unit.
500g = 12-unit.