Kopi adalah antara minuman yang paling tinggi permintaan di seluruh dunia, dan permintaan terhadap kopi secara komersial setiap tahun bertambah. Ini melalui pelbagai inovasi dalam penyediaan kopi serta terdapat elemen- elemen gaya hidup yang dikaitkan dengan secawan kopi.
Turkish Coffee atau Kopi Turki juga mempunyai peminat yang tersendiri di serata dunia. Selain daripada nama Turkish Coffee, ia juga dikenali sebagai Kopi Arab atau Kopi Timur Tengah tradisional.
Cara penyediaan Kopi Turki ini agak rumit kerana memerlukan masa menunggu air panas mendidih hingga terbitnya buih atau dikenali sebagai ‘foam’ – di permukaan lapisan atas air kopi. Mengikut kaedah secara tradisional, ia mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk air kopi itu mendidih dengan lama. Ia bagi memastikan serbuk kopi itu elok masak dan mengeluarkan aroma kopi tersebut.
Kopi Turki yang ada di kedai Jood Brothers adalah jenis instant iaitu dalam bentuk sachet yang mudah untuk disediakan. Dengan inovasi dan teknologi terkini, terhasilnya Kopi Turki yang tidak perlu lagi menunggu ia mendidih begitu lama. Hanya koyakkan sachet dan tuangkan kesemua serbuk kopi itu ke dalam cawan yang kosong, sama ada cawan kecil atau gelas (mengikut cita rasa anda). Kemudian tuang air panas ke dalam cawan tersebut, kacau menggunakan sudu. Dan ia sedia untuk diminum. Mudah dan lazat!
Boleh dapatkan Turkish Coffee dari Jood Brothers di semua platform atas talian seperti Lazada atau Shopee.