Buah Kurma Medjoul berasal dari pohon kurma atau nama saintifik (Phoenix dactylifera) dan sekarang ditanam di daerah panas di Timur Tengah, Amerika Syarikat, Asia Selatan dan Afrika.
Tahukah anda asal usul bermulanya penanaman buah Kurma Medjoul berasal dari negara Magribi atau lebih dikenali sebagai Morocco. Kurma Medjoul lazimnya ditanam di negara yang beriklim tropika atau sub-tropika.
Buah Kurma Medjoul memerlukan cahaya matahari yang cukup untuk tumbuh dengan baik dan ini merupakan faktor mengapa buah Kurma Medjoul ditanam hanya di negara-negara tropika.
Ia biasanya tumbuh pada tempoh 6 bulan paling hangat setiap tahun, di mana ia menerima jumlah air yang mencukupi, tetapi hujan dan cuaca musim sejuk dapat menghalang kadar pertumbuhan dan juga merosakkan tanaman. Selain daripada itu, antara faktor yang membuatkan buah Kurma Medjoul unik dan istimewa adalah ketahanannya dalam menghadapi musim kemarau dan suhu tinggi.
Antara negara yang menanam buah Kurma Medjoul adalah Palestine, Algeria, Arab Saudi, Afrika, Jordan, Morocco dan negara-negara timur tengah yang lain. Negara-negara ini menanam buah Kurma Medjoul ini secara besar-besaran dan mengeksport buah Kurma Medjoul ke serata pelusuk dunia.
Sejajar dengan jolokan ‘Raja Kurma, The King of Dates’, Kurma Medjoul ini memang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi khususnya sewaktu menjelang bulan Ramadhan.
Jood Brothers Sdn Bhd adalah pembekal utama bagi Kurma Medjoul untuk pasaran Asia khususnya Malaysia dan Indonesia. Ladang Kurma Medjoul Al-Quds terletak di Jericho, Palestine.
Jika anda ingin mencari Kurma Medjoul Palestine, anda berada di tempat yang betul. Jood Brothers sememangnya mengimport terus Kurma Medjoul dari Palestine.