Kurma Medjoul mempunyai pelbagai saiz seperti dalam gambar yang ditunjukkan.

Antara saiz yang paling dikenali ialah saiz Jumbo.

Kurma Medjoul saiz Jumbo mempunyai peminat yang ramai walaupun harganya sedikit tinggi namun permintaan terhadap Kurma Medjoul Jumbo saban tahun meningkat.

Isinya yang tebal dan biji yang kecil, ditambah pula dengan rasa manis semulajadi seperti rasa ‘caramel’ di mulut. Ini lah salah satu daya tarikan mengapa ramai yang memilih Kurma Medjoul bersaiz Jumbo.

Di Jood Brothers Sdn Bhd, kami menyediakan pakej 500g, 1kg dan 5kg.

Belian borong adalah digalakkan kerana anda akan mendapat penjimatan harga yang berbaloi.

Pilihan kedua selain Jumbo adalah Medjoul bersaiz Large dan Medium. Kedua-dua saiz ini mempunyai saiz yang lebih kecil sedikit dari Jumbo dengan anggaran kasar berat sebiji buah kurma adalah 13-20 gram. Didatangkan dalam packaging 500g, 1kg dan 5kg.

Perbezaaan Premium dan Standard

Kurma Medjoul di Jood Brothers Sdn Bhd berjenama Al-quds mempunyai dua (2) jenis kualiti iaitu Premium dan Standard. Buah Kurma Medjoul Premium kelihatan berwarna hitam atau coklat gelap dengan kulitnya yang masih tegang.