Pokok Kurma Medjoul berasal dari pantai Atlantik di Maghribi dan biasanya tumbuh di kawasan tropika dan sub-tropika. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan tropika dan sub-tropika boleh membesar dalam tempoh enam bulan yang paling panas dan cuaca hujan menjadikan keadaan lebih mencabar dan membantutkan kadar pertumbuhan.
Ia mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk cabang yang berakar mekar buat kali pertama, dan setahun berikutnya ia akan tumbuh menjadi pokok, tetapi pokok hanya akan menjadi matang selepas lima atau enam tahun.
Pokok kurma Medjoul biasanya bersaiz antara 8 dan 25-meter tinggi dan juga memerlukan persekitaran matahari yang terik serta ditanam secara meluas di negara-negara tropika untuk digunakan dalam bentuk komersial dan untuk pembangunan kediaman. Oleh kerana sensitiviti jenis kurma ini terhadap kualiti udara dan kelembapan tanah, ia jauh lebih sukar untuk berkembang dalam keadaan terbaik berbanding dengan jenis buah kurma lain yang membuatkan harga kurma ini agak tinggi berbanding dengan kurma yang lain.
Ciri-ciri Kurma Medjoul:
- Bersaiz jumbo dengan ukurannya boleh mencapai sehingga 5cm sehingga ia digelar Raja Kurma kerana saiznya yang besar atau kurma berlian disebabkan bentuknya.
- Berwarna perang atau coklat tua dan rasa manis seperti karamel.
- Walaupun setelah dikeringkan, isinya tetap lembut dan tebal.
Khasiat Kurma Medjoul:
Kaya dengan serat
Membuatkan rasa kenyang lebih lama.Membantu mengekalkan kesihatan sistem penghadaman, mencegah sembelit dan seterusnya mencegah kolestrol jahat.
Tinggi zat besi
Kandungan zat besi yang tinggi membantu membentuk hemoglobin di sel darah merah dan menyeimbangkan kadar oksigen di darah.Kurma medjool juga sering dijadikan sebahagian dari diet kerna kandungan zat besi dan kalsium.
Mencegah penyakit
Kandungan potasium dan vitamin yang tinggi dapat mencegah penyakit seperti jantung,strok,kanser dan osteoporosis iaitu keadaan dimana tulang seseorang itu menjadi rapuh dan mudah patah.Kurma juga dapat membantu mengawal kadar gula darah dan menurunkan tekanan darah.
Mencegah sakit Alzhimer
Meningkatkan kesihatan otak dan kajian menunjukkan kurma dapat mengurangkan inflamasi pada otak serta mengurangkan risiko penyakit seperti Alzheimer serta pembentukan plak pada otak. Ia juga meningkatkan daya ingatan.
Baik untuk wanita mengandung dan menudahkan proses bersalin
Setiap hari amalkan makan sebiji sebelum makan pagi, ketika perut kosong. Dengan pengambilan kurma setiap hari, dapat membantu memberi tenaga sepanjang hari. Nutrisi kurma Medjool itu yang kaya dengan fiber dan potassium membantu ibu yang sedang mengandung menyalurkan sel darah merah yang kaya dengan zat besi.
Disarankan ibu mengandung untuk makan 3 biji kurma sebelum proses kelahiran agar dapat membekalkan tenaga tambahan buat ibu.