Baklava adalah sejenis makanan pemanis mulut yang berasal dari Timur Tengah, di sekitar daerah Mediteranian. Terdapat lapisan kekacang yang menyelaputi adunan baklava itu, dan kemudian lapisan kekacang itu disirami dengan sirap manis atau madu. Kombinasi kekacang yang premium seperti kacang gajus, kacang pistachio, kacang almond dan kacang walnut telah menjadikan 1 adunan yang lengkap dengan rasa manis dan berlemak, serta kekacang yang rangup menjadikan Baklava Turki ini antara pemanis mulut yang diminati ramai.
Kebiasaannya baklava ini dihidangkan sewaktu hari perayaan dan keraian dan majlis-majlis besar serta majlis tertutup. Namun, kini pemanis mulut dari Turki ini boleh sahaja dinikmati pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menunggu hari perayaan atau majlis keraian.
Bagi peminat kekacang, Baklava dari Turki ini adalah hidangan yang sesuai untuk anda cuba. Kekacang yang ada didalam baklava itu adalah terdiri daripada kekacang yang premium dan sedap. Sering kali kita mendengar untuk mendapatkan masakan yang sedap, bermula daripada bahan-bahan yang berkualiti.
Terkini di Jood Brothers, menawarkan Turkish Baklava yang bahan-bahan ramuan serta kekacang adalah diimport khas dari Turki. Lihat sahaja kotak bungkusan Baklava itu yang sesuai untuk dijadikan hadiah buat orang tersayang atau diri sendiri.
Dapatkan segera di semua platform jualan atas talian Jood Brothers. Tidak perlu lagi ke negeri Timur Tengah untuk merasai makanan Turki.