Anda boleh bayangkan dapat menghirup secawan kopi Turki yang panas ketika hujan mula membasahi bumi, aduh memang asyik!

Kebiasaannya Kopi Turki memiliki rasa yang pekat dan pahit dan mengikut kelazimannya penggemar kopi Turki akan minum tanpa meletakkan gula atau pemanis tambahan. Namun demikian, jika anda menggemari rasa kopi yang manis, anda boleh sahaja menambah gula, madu atau apa jua manisan ke dalam kopi Turki anda.

Adakah boleh ditambah susu?

Ya, boleh sahaja ditambah susu atau creamer, ini semua bergantung kepada selera anda. Salah seorang penggemar kopi Turki berkongsi tips cara beliau menyediakan kopi Turki. Menurut beliau, kopi Turki lebih sedap dan kaw bila ditambah dengan susu segar atau susu penuh krim. Kopi Turki yang dicampur dengan susu segar akan menghasilkan rasa kopi pahit berlemak!

Ákhirnya, tepuk dada tanya selera anda!

Dapatkan kopi Turki Shammaut kerana ia mudah disediakan dan rasa unik buah pelaga menggamit rasa anda.