Makanan sunnah merujuk pada makanan atau minuman yang disunnahkan atau dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW berdasarkan hadis-hadis dalam Islam. Pengambilan makanan sunnah diyakini memiliki manfaat serta kebaikan untuk kesihatan. Berikut beberapa contoh makanan sunnah beserta manfaatnya:
- Madu
Dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai ubat untuk pelbagai penyakit. Madu mengandungi antioksidan dan memiliki sifat antimikroba. Penting untuk diingatkan bahawa manfaat madu bergantung pada jenis madu dan kualitinya. Madu yang berkualiti tinggi memberikan manfaat kesihatan yang optimal. Walaupun madu memiliki banyak kebaikan, pengambilan hendaklah dengan bijak kerana madu juga mengandungi gula dan kalori. - Minyak Zaitun
Nabi Muhammad SAW menyebutkan kebaikan minyak zaitun dalam hadis-hadis Baginda. Minyak zaitun kaya dengan antioksidan dan lemak sihat. Kebiasaannya disarankan untuk ambil minyak zaitun terus minum 1 sudu setiap hari atau boleh juga bersama makanan yang lain. - Kurma
Diunjurkan untuk dimakan sebagai sarapan oleh Nabi Muhammad SAW. Kurma mengandungi serat, vitamin, dan mineral yang baik untuk kesihatan. Kandungan fiber yang tinggi dapat membantu dalam sistem penghadaman. Selain itu kurma elok dimakan oleh wanita mengandung dan ketika proses kelahiran bayi. Membekalkan tenaga sepanjang hari buat ibu yang mengandung. - Habbatus Sauda (Jintan Hitam)
Nabi Muhammad SAW menyebutkannya sebagai ubat untuk pelbagai penyakit kecuali kematian. Habbatus Sauda memiliki sifat antiinflamasi dan antioksidan. - Buah Tin
Buah Tin dikenali juga sebagai makanan dari syurga. Tin mengandungi serat, vitamin, dan mineral. Membantu dalam proses penghadaman, kesihatan mata dan rasanya yang kenyal itu memberikan nikmat sebenar buah Tin.
Semua makanan Sunnah tersebut mudah sahaja didapati di kedai atau supermarket di Malaysia. Jood Brothers juga ada membekalkan makanan Sunnah ini terutamanya buah Kurma Medjoul Palestin. Jika anda berminat utnuk dapatkan makanan Sunnah boleh dapatkan di kedai online atau atas talian Jood Brothers.